Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Ibu Tikam Anak !!

Astafirullahal aazim...keciannya kat baby ni. Tak sangka beliau mempunyai seorang ibu yang sanggup memperlakukannya sebegini. Mungkin dah ada yang tau kot pasal entry ni. Yang tau ni pun sebab terbaca kat fb. Cam tak percaya,seorang ibu sanggup menikam anaknya sebanyak 90 kali. Banyak tu !!. Tapi itulah yang berlaku di Jiangsu terhadap baby yang berusia 8 bulan..




ASTAGHFIRULLAH, IBU TIKAM ANAK
Jiangsu- Gara-gara mengigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayo berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan. Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sarap untuk tujuan kitar semula.
Kejadian ini disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu mengigitnya ketiaka menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
 Namun, mereka tidak pernah  mendapatkan bantuan professional.
*Kesian bayi tu diperlakukan sedemikian rupa.** 

 

Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon