Petua Sakit Gigi

Jun 19, 2013
Aduhhhh...sakitnya gigi ni. Nape lak tertiba je datang menyerang ni. Tak sanggup rasanya...tak tertahan denyut sakitnya ni. Dah la kerja ni nak kena siapkan gak hari ni. Fokus..fokus...

Rasanya dah lama gigi ni tak buat hal huhu.. last masa sekolah menengah dulu. Tingkatan 3, gara-gara gigi yang sakit satu kelas gelakkan aku huhu..malu pun ada tapi hehehe tu la kenangan yang akan tetap segar dalam lipatan sejarah :) Sib baik ada beberapa cara tradisional yang pernah digunakan dulu. dapat gak kurangkan rasanya tu walaupun tak hilang terus. 




Beberapa cara untuk menghilang dan mengurangkan sakit gigi ni.

  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.



Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com