Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Buah Zuriat






Juga dikenali sebagai buah adam/ buah koka/ Doum di negara arab). Merupakan buah daripada pokok yang Nabi Nuh a.s gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir besar.


Khasiat buah Zuriat:-

  • Air rebusannya boleh menyebabkan kehamilan dengan izin-Nya
  • boleh menyembuhkan lenguh-lenguh badan kalau di gosok pada bahagian yang sakit.
  • boleh menyejukkan badan
  • baik untuk darah tinggi mahu pun darah rendah
  • membetulkan hormon dalam badan
  • menambahkan tenaga
  • melancarkan kedatangan haid

Cara Penyediaan :-
  1. dengan menggunakan sudu, di ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

  2. 2 biji buah zuriat, diambil sabut dan bijinya sekali, rebus dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint. Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat je gan airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis dan minum. Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....

  3. Rebus dua biji buah ini sekali gus. Kemudian, buah zuriat itu dibelah menjadi dua bahagian. Ada gak orang belah dulu sebelum rebus..terserah pada kita kot tapi yang pasti buah ini cukup keras dan ianya memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali tau, sehingga air bertukar warna seakan-akan air teh. Anda di sarankan minum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. atau

  4. Belah dua bahagian kemudian rebus dalam periuk yang sedang. Masukkan air banyak-banyak tapi jangan sampai melimpah. Rebus sehingga air tinggal secawan. Pastu tambah lagi dan rebus lagi sampai tinggal secawan. Masa nak minum baca doa kat bawah sebanyak 3 kali pastu selawat atas nabi banyak kali. Niat dalam hati nak zuriat yang soleh dan solehah. Jangan lupa banyakkan bersedekah... Insya Allah. Di minum oleh isteri sahaja.


Tips-tips
  • Rebus semua sekali .... jangan buang apa2 pun termasuk sabut... belah pastu rebus. xder basuh2 apa ....
  • khasiat buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan. 
  • Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran  3 kali:

    “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.

    Maksudnya:

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, Surah Ali-Imran.



Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon