Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Flaming Steamboat

minggu lepas sebelum balik rumah sewa masa menumpang kat lepak rumah officemate kat Wangsa Maju singgah kat Flaming Steamboat Buffet Restaurant. Best gak.. first time lak tu. Alhamdulillah, kenyang..Best sangat-sangat !!


Terletak kat Danau Kota, Setapak. Tak ada la jauh sangat. Walaupun kedainya tak besar sangat tapi macam-macam Steamboat ada kat sana. Kalau tak silap ada lebih kurang 150 jenis kot. banyak tu! Makan malam tu pun tak sempat nak rasa semua hehe dah tak muat muatan. Yang paling aku suka tu udang galah, besar-besar tu!! Aiskrim dia pun tak kurang sedap gak. nyum-nyummmm
 
harga yang ditawarkan pun ok, tuk orang dewasa RM 26.90, kanak-kanak berumur 4 hingga 10 tahun RM 9.90 dan 3 tahun ke bawah PERCUMA. Ok la kan. Mula beroperasi pukul 5:00 hingga 12 tengah malam setiap hari. 



So, kepada pengemar Steamboat. Apa lagi boleh la cuba kat sana. Tapi kalau nak pergi kena pergi awal-awal. Tempat adalah terhad hehehe 
 




Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon