Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah

Mac 01, 2013
Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah dan semoga semua ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Dan, sama-samalah kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh, amin
Zaidi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zaidi Buluh Perindu telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung semalam merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Kelantan.

Menurut Datuk Seri Mustafa Mohamed yang menyifatkan allahyarham bersama rakan-rakannya yang telah banyak berjasa dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di merata tempat berkata, "Kita kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang kepada negeri kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Bunut Sarang Burung di sini hari ini.

Allahyarham jatuh pengsan pada pukul 10.35 pagi semalam ketika membuat persembahan dikir barat menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Tumpat. Kemudian beliau  dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh orang anak berusia antara 11 dan 28 tahun.

Allahyarham pernah merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang berkecimpung dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun. 

Sumber - Kosmo online




Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com