Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital | Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjaditergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwadoktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjangwalaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun,apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

Sumber : kisahbest.my
Inilah wajah kesayangan ku..

Si kecil gaduh gan si besar hehehe

daging goreng paling simple tapi sedap..hasilair tangan seorang ibu

Sesi beramah mesra hehe..

tem..tem.bam hehe..

My sister yang sentiasa coll :)

Tengok apa tu..

Menu paling simple...

** picture tuk 2 orang  tak sempat nak ambil huhu.
    .apa pun yang tak ader kat sini bukan bermakna
     tak sayang kan..


Picture Raya Haji 2012

by on 14:55
Inilah wajah kesayangan ku.. Si kecil gaduh gan si besar hehehe daging goreng paling simple tapi sedap..hasilair tangan seorang ...
Terdapat banyak rahsia yang boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Kali ini jom selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Sikap diri sendiri pun boleh dikenali dengan mudah. :-)

Jadi, sekiranya tarikh lahir anda jatuh pada 8hb Julai, bermakna anda mewakili warna oren. Setelah kenal pasti warna anda, bolehlah anda melihat keperibadian diri anda menerusi warna tersebut. Ingat... ini hanya andaian semata2... :-) jom kita enjoy

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

Cabutan bertuah ini dianjurkan oleh Cikgunaman.com sempena contest iPhone 5 Gadget Impian ditaja oleh mrsfiza.com, jurugambar perkahwinan dan Photoshoot Murah 


Tarikh tutup:  24/12/12 jam 11.59pm


1.2.34 mesti ader yang tertanya-tanya apa itu, kan?? 1.2.34 adalah hari ini - 1 Safar 1434Hijrah. kalau sebelum ini bulan omgputih la senang certa menjadi pilihan semua orang untuk melangsungkan apa-apa majlis tapi kenapa tidak hari ini. Jatuh pula betul-betul penghulu segala hari Jumaat.

Apa pun..now, time to back.

Sampai dari Dungun malam tadi tepat-tepat pukul 11.00 malam kat rumha. Orang lain tah pukul berapa sampai rumah pun tak tau. Untung kan rumah dekat dengan pejabat heheh. And pagi tadi terus datang kerja cam biasa. huhu.. sakit kepala pun belum hilang lagi nak-nak sejuk icon bas huhuh.. sejuk !!

Esok boleh rest..




1.2.34

by on 16:52
1.2.34 mesti ader yang tertanya-tanya apa itu, kan?? 1.2.34 adalah hari ini - 1 Safar 1434Hijrah. kalau sebelum ini bulan omgputih la senang...
Inshaa Allah, petang ni kan sampai lagi kat Dungun, Terengganu. Dungun! lamanya tak pergi sana. Last pergi sana masa ambil sijil.Rindunya kenangan masa belajar poli dulu. Asal esok exam je mesti pergi pantai uitm. Lepas tension la konon haha kalau orang lain lepas tension pas exam tapi kita, terbalik lak. Pula tu pergi masa betul-betul matahari tengah-tengah kepala dan gerai-gerai belum buka. Tapi main air kat gigi pantai je la. sebenarnya takut air pantai tu dalam hehe boleh lak camtu kan. Tapi yang tak boleh lupa si sue la yang memang hantu pantai. Kalau dah dapat main air memang tak ingat apa dah nak-nak kalau dah dapat mandi. Memang seronok la..

Masa belajar kat poli penang dulu mane sempat nak cari pantai. Pagi sampai ke petang asyik kelas memanjang je. And, then kat KL ni pula Pantai Dalam ada la. Tu pun tak ada air huhu. Apa pun semoga perjalanan ni berjalan lancar dan selamat tiba kat sana.

Mayangsari Resort ! Cantik nama tu kan. Berada di Kg Sura Tengah Dungun. Agak-agak da pantai tak kat sana nanti? Yang penting dapat la rest puas-puas kan..

 

DUNGUN - aku datang !!

by on 09:46
Inshaa Allah, petang ni kan sampai lagi kat Dungun, Terengganu. Dungun! lamanya tak pergi sana. Last pergi sana masa ambil sijil.Rindunya ke...
Ingat lagi tak dgn GA-Hadiah Dari Love Is All Around INI...kita menang GA yang Wanie Wantie buat untuk b'day suaminya tu..
Pos Laju lagi...susah2 jer

Sebenarnya ianya dah sampai dalam 2 hari yang lepas. Tapi kita tak sempat nak upload picturenya dan hari ini secara rasminya ianya dapat di publish hehe macam-macam la kan.
So, kita nak ucapkan terima kasih buat Watie atas hadiah yang dia bagi ni..
Cantik !! 

 



Terima Kasih Wanie

by on 15:04
Ingat lagi tak dgn GA-Hadiah Dari Love Is All Around INI...kita menang GA yang Wanie Wantie buat untuk b'day suaminya tu.. Pos...

JANGAN tidur selepas solat Subuh, 
nanti rezeki rezki susah nak masuk (pagi itu membuka pintu Berkat)

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. 
Nanti rezeki dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan 
kerana Allah sudah jadikan kita makhluk yang paling sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata meliar di perjalanan.. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa 
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia 
kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. 
Nanti rosak dan hilang kebahgiaan dalam persahabatan.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja yang kita lakuakan. 
Takut nanti, kita akan sombong apabila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

JANGAN bakhil untuk bersedekah, 
kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.

JANGAN banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana 
doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. Dan sesungguhnya ALLAH  itu lebih tahu.


16 PERKARA JANGAN

by on 11:59
JANGAN tidur selepas solat Subuh,  nanti rezeki rezki susah nak masuk  (pagi itu membuka pintu Berkat) JANGAN makan tanpa memba...
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam surga, serta diturunkan dari surga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin shalat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Hurairah dan Muslim)

"Sesungguhnya pada hari Jum'at terdapat waktu mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan shalat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, niscaya Allah akan mengabulkannya. Rasululllah mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu (H. Muttafaqun Alaih)


"Sedekah pada hari Jum'at dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". Hadits dari Ka'ab menjelaskan: "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya".(Mauquf Shahih)

"Siapa yang mandi pada hari Jum'at, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, mengoleskan parfum, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi diantara dua orang untuk dilewatinya, kemudian shalat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, niscaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jum'at". (HR. Bukhari).

"Siapa yang mandi pada hari Jum'at, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf terdepan kemudian dia diam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan shalat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah". (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, dinyatakan shahih oleh Ibnu Huzaimah)

“Perbanyaklah shalawat kepadaku setiap hari jum’at karena shalawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jum’at, maka barangsiapa yang paling banyak bershalawat kepadaku, dia akan paling dekat derajatnya denganku.” (HR. Baihaqi dengan sanad shahih)

Jumaat Penghulu Segala Hari

by on 10:49
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimas...
Hari ini kena balik kerja sorang-sorang lagi. Kawan terpaksa balik lambat then esok kena datang kerja sorang-sorang pula huhu.. Tapi harap-harap cuaca petang ini baik la. Bukan sahaja cuaca kat luar sana je tapi cuaca kat dalam hati ni sekali la..la..la..

Semalam dah la balik kerja sorang-sorang. sebaik je keluar dari kawasan pejabat ush..berderai rasa dalam dada. tetiba keluar kereta dari simpang tiga betul-betul depan pejabat tu masa tengah melintas tu. Nyaris-nyaris nak accident. Harap kereta je lawa tapi empunyanya nak belajar bersabar sikit tak sempat ke?? Pagi tadi pun sama. Terkejut betul !! jalan raya elok-elok tak ada kenderaan langsung masa nak melintas tu tetiba je keluar satu kereta tu. Kuat bebenor bunyinya..nak bunuh orang ke apa? laju semacam die tekan minyak. Nasib baik sempat undur ke belakang balik kalau tak hurm..memang tak masuk pejabat la hari ini.

Tapi pelik la apa sebenarnya yang diorang semua kejar? kalau rasa dah lambat keluar la awal-awal subuh ke. tak ada la menyusahkan orang lain. kalau die je yang kena tak ada hal la.. asyik mementingkan diri sendiri je. mayb banyak accident berlaku pun sebab adanya orang cam mereka kot. 



Nyaris-nyaris accident

by on 16:44
Hari ini kena balik kerja sorang-sorang lagi. Kawan terpaksa balik lambat then esok kena datang kerja sorang-sorang pula huhu.. Tapi harap-h...

••►Baca pada saat keluar rumah, 
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi 

••►Baca saat masuk rumah,
 kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu 

••►Baca setelah berwudhu, 
darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

••►Baca pada saat tidur, 
malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...

••►Baca setelah solat, 
maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Oh, Ayat Kursi !

by on 11:13
••► Baca pada saat keluar rumah,  70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi   ••► Baca saat masuk rumah,  kemiskinan tidak a...