Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Molekul Air Zam Zam


Penemuan ini sungguh menakjudkan dan wajid dikongsi bersama. Mesti nak tau kenapa kan..kan? Ianya adalah kerana dengan keizinan-Nya, air penawar ini boleh menyembuhkan penyakit. Sebelum tu jom baca petikan dibawah :

Pada 10 Oktober 2002, 10 tahun yang lalu pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau diantaranya air merupakan salah satu rahmat Allah taala kepada manusia. manusia tidak dapat hidup tanpanya dan juga manusia tidak dapat hidup tanpa rahmat Allah Taala.

Menurut cerita Ustaz yang berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai  air bertempat di Hotel Istana yang kebanyakan participant yang hadir adalah terdiri daripada orang-orang bukan Islam kecuali 2 orang iaitu seorang Pensyarah dari UM dan Ustaz.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/molekul-air-zam-zam.html

Penceramahnya seorang Profesor dari Jepun yang pakar tentang air. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air. Beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada semua hadirin. Sampel-sampel air itu telah diambil dari pelbagai sumber air. Antaranya ada dari perigi, sungai, laut, perigi dan macam-macam lagi. Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, rupa tidak jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya), mengerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu  berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya sama. Sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun menunjukkan satu molekul air yang daripadanya terpancar rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik seolah-olah seperti belian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik sangat ! Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap dan kemuadian Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "berikan saya sebab kenapa kamu berkata air itu adalah air zam-zam". "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" jawab pensyarah itu. Profesor berkata " Saya tak tahu samada betul ataupun tidak air itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel dari air zam-zam". 

Kemudian beliau mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dewan itu, mereka membuat experimen sebagaimana yang dikatakan kata-kata mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit.

Bila tiba giliran Ustaz, molekul air yang telah dibaca dengan Surah Al-Fatihah dan Ayat Al-Kursi membentuk aupa seperti belian dan berkilau-kilau. Subhanallah. Lalu Ustaz diminta Profesor untuk membaca sebarang ayat/ kata-kata yang tidak baik, maka terbentuklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. 

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah "Jika hendak air itumerasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka hendaklah masukkan ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Sekian, Wassalam...

Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon