Kadar Zakat Fitrah

Ogos 09, 2012

hai semua..apa khabar, sihat? berbuka petang nanti dah plan ke nak berbuka gan aper dan kat mane? Hari ni bonus tuk kakitangan awam dah masuk kan. Senang hati la semua warga kakitangan awam. Semua dah berkira-kira tuk mengeluarkan belanja nanti. Nak bayar duit baju, duit kuih-muih, duit raye tuk tetamu tuk aper lagi yae hehe..lupa sudah..
Eh, zakat fitrah pun belum keluarkan lagi. Camner nie, puasa pun dah masuk separuh bulan (cepatnya)...kena settlekan cepat-cepat ni. Tapi tahun ni zakat fitrah sudah boleh di buat gan sms. lagi senang. hurm..zaman pun dah semakin canggih ! semua di hujung jari je..

kalau ader lagi sesape yang belum keluarkan zakat fitrah dan masiih lagi tercari-cari dan tertanya-tanya berapa kadar zakat fitrah tuk tahun ni. jangan lupa tengok jadual kat bawah ni dan sebarang maklumat lanjut berkaitannya rajin-rajinkan lah bawak diri ke portal PPZ. Semoga hidup kiter semua sentiasa diberkati.
Amin.. 








Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Kenapa kadar berbeza2..
    1.ikut jumlah org miskin
    2.ikut harga beras di setiap negeri
    3.ikut majlis agama islam negeri
    ATAU..
    4. Ikut jumlah jumlah org islam di setiap daerah..
    Kaji tie..jgn tak kaji

    BalasPadam
  2. Ada dua sebab kenapa ianya berbeza :-

    1. Pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing.Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan (Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai Negeri.

    2. Boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah dengan negeri mereka pula.

    Sumber : Ustaz Hamizul Abdul Hamid
    http://www.hamizul.com/?p=3586

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com