Gangnam Style??

Ogos 29, 2012

Hurm..minggu ni heboh sana sini bercerita pasal Gangnam Style. Apa sebenarnya Gangnam style ni?  Kenapa banyak sangat orang bercerita pasal video gangnam style ni? On je facebook penuh certa dia je tu belum masuk bab balik rumah lagi. Sebenarnya kita betul-betul tak tau apa-apa pun pasal gangnam tetapi nak juga tau kan. Yalah famous semacam je sampaikan ada beberapa video raya ala-ala Gangnam Stlye hehe. Mau korang tak famous kalau PM sendiri pun ada bertanya pasal gangnam tu huhu.. famous giler tu beb

Fenomena Gangnam Stlye sebenarnya datang dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class.

Psy sebenarnya bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana sebelum ini dia sudah pun mempunyai 6 buah album dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.

Hurm tah la kan. Bagi kita biasa je hehe..


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com