Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 dan selamat berhujung minggu semua !!


Meh kita ramai-ramai ke dataran esok tengok perbarisan dan jangan lupa malam tu nanti kita jumpa lagi di 
Perhimpunan Merdeka 55 : Janji Ditepati


mane lagi kan kalau bukan
 Stadium Nasional Bukit Jalil

Hari Kemerdekaan Ke-55

by on 16:36
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 dan selamat berhujung minggu semua !! Meh kita ramai-ramai ke dataran esok tengok per...

Tak sangka akhirnya dia pergi jua. 
Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati. 
Bila, dimana dan kenapa hanya Dia sahaja yang mengetahui segalanya. Dan kita sebagai hambanya harus redha dan sabar.. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu bila mendapat panggilan telefon pagi tadi. 

Abang dah kembali ke rahmatullah..
 Tak sempat nak jumpa !!!  Tak terkata sedih rasa hati..

Andainya kita tahu apa yang akan berlaku 
dan andainya kita dapat memutarkan waktu walau hanya sejenap. 
Ingin sahaja diri ini pergi ke sana berjumpa arwah tuk kali terakhir hayatnya. 
Tapi itu semua tidak akan kembali, menyesal pun tiada guna. Semua telah berlaku. 

Yang pergi tetap akan pergi dan kita yang hidup tetap kena teruskan. 
Kepada keluarga arwah, takziah dan semoga tabah dan sabar mengharungi dugaan ini.

Ya Allah ya tuhanku, 
ampunilah hambaMu itu dan semoga 
roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman,
amin.



Pagi - 30 Ogos 2012

by on 12:55
Tak sangka akhirnya dia pergi jua.  Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati.  Bila, dimana dan kenapa hanya Dia sahaja yang mengetahu...
  • Seorang wanita solehah adalah  lebih baik daripada 70 orang wali,
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
  • Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat, dan
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

KELEBIHAN SEORANG WANITA

by on 16:56
Seorang wanita solehah adalah  lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Se...

Hurm..minggu ni heboh sana sini bercerita pasal Gangnam Style. Apa sebenarnya Gangnam style ni?  Kenapa banyak sangat orang bercerita pasal video gangnam style ni? On je facebook penuh certa dia je tu belum masuk bab balik rumah lagi. Sebenarnya kita betul-betul tak tau apa-apa pun pasal gangnam tetapi nak juga tau kan. Yalah famous semacam je sampaikan ada beberapa video raya ala-ala Gangnam Stlye hehe. Mau korang tak famous kalau PM sendiri pun ada bertanya pasal gangnam tu huhu.. famous giler tu beb

Fenomena Gangnam Stlye sebenarnya datang dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class.

Psy sebenarnya bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana sebelum ini dia sudah pun mempunyai 6 buah album dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.

Hurm tah la kan. Bagi kita biasa je hehe..


Gangnam Style??

by on 13:56
Hurm..minggu ni heboh sana sini bercerita pasal Gangnam Style . Apa sebenarnya Gangnam style ni?  Kenapa banyak sangat orang bercerita pasa...


Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) telah menghuraikan khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini iaitu makanan terbaik di dunia. Berikut adalah petikan secara ringkas untuk panduan kita semua terutamanya kita sebagai muslimin dan muslimat :-



1.DELIMA

... Saidina Ali berkata : "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
2. KURMA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


3.ZAITUN

Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

4. ZA'FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".


5. BUAH TIIN

Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6.HABBATUS SAUDA'

Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


7.MADU

Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : "Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"

8. KISMIS

Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"


Sumber : Ustazah Wan Habsah & juga penulis yang menulis petikan ini semoga Allah memberikan pahala buat anda yg berkongsi info yg berguna ini.

8 Makanan Terbaik Di Dunia

by on 12:33
Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) telah menghuraikan khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini iaitu makanan terbaik di dun...
Alhamdulillah,syukur.. hari ni kiter berjumpa lagi selepas seminggu pulang ke kampung menyambut hari raya bersama yang tersayang. dan kepada semua kekawan blogger kita nak ucapkan selamat kembali, xmau sedih2, xmau lebih2 sedang2 je okay.

hurm..camner raya korang semua? yang pasti seribu 1 cerita ada kan. Alhamdulillah, raya kita tahun ni pun  agak sempurna juga walaupun mak tersayang dan salah sorang adik kita tak berapa sihat tapi bukan beliau berdua sahaja ramai ada juga dua tiga orang bapa dan mak saudara kita yang tak sihat. Penangan cuaca kot..tambah lak bebanan kerja bertambah. Sebenarnya mak kita jahit baju kebetulan time tu la mesin nak rosak.. cian mak! dah la jahit sorang2..alangkah elok klau kita kja kat kg. Apa pun semoga mereka semua cepat2 sembuh, insyallah amin. Korang tolonglah doakan sama yae huhu.. sedih kita melihatnya nak2 time nak gerak balik semalam huhu.. cepat sembuh yae ! 

Kepada my cousin, Selamat Pengantin Baru semoga berbahgia ke akhir akhir hayat. Tak sangka dah kawen rupanya ko yae.. siap berkongsi tarikh dan tempat gan 5 pasangan yang lain lagi :) Ko yang kawen tapi kita pulak yang pening di ajukan pelbagai persoalan. hurmm..ingat senang kot nak cari pasangan, agaknya cam pilih kain kat gedung kot.. berkenan, ambil terus bayar xpikir hak orang or x. kekadang jeles gak tapi siapa kiter nak pertikaikan kehendaknya kan..kan..

haha..melaluk la pula. hurm..setakat ni je la dulu. now, time to back. xleh lambat2 orang sedang tunggu tu..

sekian







Seminggu Kat Kampung !!

by on 17:06
Alhamdulillah,syukur.. hari ni kiter berjumpa lagi selepas seminggu pulang ke kampung menyambut hari raya bersama yang tersayang. dan kepada...
Hahahaha..tergelak besar kiter baca loghat kelate versi omgputih ni. Susah benor lidah ni nak menyebut jadinya hahaha..Tapi boleh la. kalau house mate kiter yang menyebutnya huhu..kesihannya. Dah la bunyi cam siam pun ader. Kekadang terpikir gak susah sangat ke bahasa negeriku itu ?? hurm..hurm..

Apa kata korang pula yang menyebuknya? Mane taw bunyinya ok lepaslah ke negeri kesayangku itu. Cepatlah nak dengar ni. Tak sabar dah ni...

Loghat Kelate Versi Omgputih

by on 11:59
Hahahaha..tergelak besar kiter baca loghat kelate versi omgputih ni. Susah benor lidah ni nak menyebut jadinya hahaha..Tapi boleh la. kalau ...

Sekarang ni semua orang dalam mood raya. Betul kan..kan..tersenyum lak die. Jom kita baca sesama dan  sama-sama fikir dan renungkan :-

 

Ingatan tuk diri sendiri juga.  Ehh..biar betul !! pejabat dah kosong la.. adakah diorang semua dah balik ?? hurmm..sib baik ada lagi huss..krus semangat!


Kesalahan Berhari Raya

by on 11:36
Sekarang ni semua orang dalam mood raya. Betul kan..kan..tersenyum lak die. Jom kita baca sesama dan  sama-sama fikir dan renungkan :-   ...